Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Efikasi Kendiri Murid Sekolah Rendah
Pourquoi ce travail est dans la base
Une base qui oublie comment elle a trouvé un travail ne peut pas être vérifiée. Voici les voies qui ont admis celui-ci.
Notice bibliographique
Résumé
Kecerdasan emosi merupakan keupayaan individu dalam mengurus dan mengawal emosi diri sendiri dan orang sekeliling. Manakala efikasi kendiri pula merujuk kepada kepercayaan terhadap keupayaan yang dimiliki agar dapat bertindak mengikut cara yang diperlukan yang seterusnya dapat mempengaruhi situasi. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap efikasi kendiri murid Sekolah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana, Selangor. Seramai 100 orang murid Tahun 5 telah dipilih menggunakan persampelan secara rawak daripada empat buah Sekolah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana, Selangor. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan soal selidik melalui aplikasi Google Form yang dibangunkan dan diadaptasi berdasarkan Inventori Kecerdasan Emosi (Goleman, 1995) dan Self-Efficacy Questionnaire for Children (SEQ-C) mengikut konteks kajian. Perisian SPSS versi 26 digunakan untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi murid Sekolah Kebangsaan di daerah ini berada pada tahap yang sederhana (min= 2.82). Manakala tahap efikasi kendiri murid di daerah ini juga berada pada tahap sederhana (min= 2.87). Hasil analisis korelasi pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap efikasi kendiri murid Sekolah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana, Selangor (r=0.870). Dalam kajian ini juga, analisis regresi linear pelbagai dengan menggunakan teknik stepwise mendapati kelima-lima dimensi tahap kecerdasan emosi memberi sumbangan terhadap tahap efikasi kendiri murid iaitu, [F(5,93)=53.084, p<.001]. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa dimensi dalam tahap kecerdasan emosi iaitu menguruskan emosi, empati, kesedaran kendiri, motivasi diri dan kemahiran sosial dapat meramal tahap efikasi kendiri murid. Hasil kajian menyimpulkan bahawa, tahap kecerdasan emosi dan tahap efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berdaya saing yang seimbang dari pelbagai sudut seperti intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Récupéré en direct depuis OpenAlex et désinversé. Les résumés ne sont pas conservés dans cette base de données : les index inversés représentent 8,6 Go des 9,3 Go de texte de la base, et le serveur dispose de 13 Go libres.
Prédiction distillée sur la base complète
Imitation des enseignantsNi prévalence calibrée, ni vérité terrain. Validation humaine à venir. Apprise à partir de 10 348 étiquettes directes de Codex et de 10 348 étiquettes directes de Gemma. Le mode candidate est l'union des têtes enseignantes seuillées; le consensus est leur intersection. Ces sorties portent le statut machine_predicted_unvalidated et ne sont ni des étiquettes humaines ni des étiquettes directes de modèles de pointe.
Scores Codex et Gemma par catégorie
| Catégorie | Codex | Gemma |
|---|---|---|
| Métarecherche | 0,007 | 0,002 |
| Méta-épidémiologie (sens strict) | 0,001 | 0,001 |
| Méta-épidémiologie (sens large) | 0,001 | 0,001 |
| Bibliométrie | 0,001 | 0,003 |
| Études des sciences et des technologies | 0,003 | 0,001 |
| Communication savante | 0,002 | 0,001 |
| Science ouverte | 0,002 | 0,000 |
| Intégrité de la recherche | 0,001 | 0,003 |
| Charge utile insuffisante (le modèle a refusé de juger) | 0,008 | 0,004 |
Scores machine (provisoires)
Les deux têtes enseignantes du modèle étudiant, lues sur ce travail. Un score ordonne la base pour la relecture; il n'affirme jamais une catégorie, et le statut de validation accompagne chaque rangée tel quel.
Scores de référence d'un modèle non mature (critères de maturité non atteints, 7 itérations). Un score ordonne; il n'affirme jamais une catégorie.
score_only:v0-immature-baseline · tel quel depuis la passe de notation : score_only signifie que le nombre peut ordonner les travaux, et qu'aucune étiquette de catégorie n'en découle