Kesakitan kronik dan kesannya \nKe atas aktiviti hidup seharian (ahs) \nPesakit di Hospital Universiti Sains \nMalaysia (HUSM)
Notice bibliographique
Résumé
Pengenalan: Kesakitan kronik adalah kesakitan yang berlanjutan melebihi 3 bulan. Ia \nmempunyai kesan terhadap aktiviti hidup seharian (AHS) yang merangkumi tabiat \npemakanan, tabiat eliminasi dan kebersihan diri, keupayaan bergerak, corak tidur, corak \nmandi, keupayaan pemakaian pakaian dan pekerjaan. \nObjektif: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesakitan kronik yang paling \nteruk dan gangguan AHS yang dialami pesakit, mengetahui pengaruh psikologi dan \npenggunaan strategi bukan farmakologi terhadap gangguan AHS serta mengenalpasti \nperkaitan antara tahap kesakitan kronik dan tahap gangguan AHS. \nMetodologi: Borang soal selidik yang diubahsuai daripada City of Hope: Psychosocial \nPain Assessment Form, Brief Pain Inventory (short form) dan McGill Pain \nQuestionnaire yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia digunakan untuk \nmengumpul data. Seramai 54 pesakit di HUSM yang mengalami kesakitan kronik dan \nmemenuhi kriteria kajian telah terlibat dalam kajian ini. \nKeputusan kajian: Pesakit dalam kajian ini majoritinya berumur antara 18-29 tahun, \nmengalami kesakitan bercorak sekejap/sementara dan setempat. Purata tahap kesakitan \nkronik pesakit adalah 5.69(min) dengan sisihan piawai 1.412 manakala tahap kesakitan \nkronik yang paling teruk adalah 8.17(min) dengan sisihan piawai 2.054. Pesakit dalam \nkajian ini mula mengalami gangguan AHS pada tahap kesakitan kronik yang sederhana \n(6.8l(min) dengan sisihan piawai 1.415) dan didapati gangguan bagi aktiviti keupayaan \nbergerak, corak tidur dan pekerjaan adalah pada tahap sederhana manakala gangguan \nsedikit bagi AHS lain. Perubahan psikologi yang kerap dialami adalah perasaan tertekan \ndan bimbang. Strategi bukan farmakologi yang kerap digunakan adalah berehat dan \nurutan. Melalui ujian korelasi, tahap kesakitan kronik didapati mempengaruhi tahap \ngangguan AHS, dengan p<0.05, kecuali keupayaan pemakaian pakaian (p>0.05). \nKesimpulan: Tahap gangguan AHS didapati dipengaruhi oleh tahap kesakitan kronik, \npsikologi dan strategi bukan farmakologi yang digunakan. Jururawat memainkan \nperanan penting dalam menaksir dan menguruskan kesakitan pesakit dengan efektif.
Récupéré en direct depuis OpenAlex et désinversé. Les résumés ne sont pas conservés dans cette base de données : les index inversés représentent 8,6 Go des 9,3 Go de texte de la base, et le serveur dispose de 13 Go libres.
Comment cette classification a été obtenuedéplier
Prédiction distillée sur la base complète
Imitation des enseignantsNi prévalence calibrée, ni vérité terrain. Validation humaine à venir. Apprise à partir de 10 348 étiquettes directes de Codex et de 10 348 étiquettes directes de Gemma. Le mode candidate est l'union des têtes enseignantes seuillées; le consensus est leur intersection. Ces sorties portent le statut machine_predicted_unvalidated et ne sont ni des étiquettes humaines ni des étiquettes directes de modèles de pointe.
Scores Codex et Gemma par catégorie
| Catégorie | Codex | Gemma |
|---|---|---|
| Métarecherche | 0,002 | 0,000 |
| Méta-épidémiologie (sens strict) | 0,006 | 0,007 |
| Méta-épidémiologie (sens large) | 0,005 | 0,004 |
| Bibliométrie | 0,005 | 0,004 |
| Études des sciences et des technologies | 0,008 | 0,010 |
| Communication savante | 0,003 | 0,008 |
| Science ouverte | 0,008 | 0,005 |
| Intégrité de la recherche | 0,004 | 0,004 |
| Charge utile insuffisante (le modèle a refusé de juger) | 0,004 | 0,003 |
Scores machine (provisoires)
Les deux têtes enseignantes du modèle étudiant, lues sur ce travail. Un score ordonne la base pour la relecture; il n'affirme jamais une catégorie, et le statut de validation accompagne chaque rangée tel quel.
Scores de référence d'un modèle non mature (critères de maturité non atteints, 7 itérations). Un score ordonne; il n'affirme jamais une catégorie.
score_only:v0-immature-baseline · tel quel depuis la passe de notation : score_only signifie que le nombre peut ordonner les travaux, et qu'aucune étiquette de catégorie n'en découleClassification
machine, non validéePrédiction automatique; les deux têtes enseignantes s’accordent sur ce qui est montré ici.
Le détail, modèle par modèle et score par score, se trouve en fin de page sous « Comment cette classification a été obtenue ».