MétaCan
Menu
Back to cohort
Record W7042702258

Pelajar pasca siswazah antarabangsa UPM meningkat

2011· other· ms· W7042702258 on OpenAlexaboutno aff

Bibliographic record

VenueUniversiti Putra Malaysia Institutional Repository (Universiti Putra Malaysia) · 2011
Typeother
Languagems
Field
Topic
Canadian institutionsnot available
Fundersnot available
KeywordsGeneral educationWork (physics)Research methodology
DOInot available

Abstract

fetched live from OpenAlex

SERDANG, 8 Feb- Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan peningkatan pengambilan pelajar pasca siswazah antarabangsa iaitu seramai 432 pelajar pada semester kedua 2011/2012. Jumlah tersebut meningkat 20 peratus kepada 86 pelajar berbanding sesi yang sama pada Disember tahun lalu. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata daripada jumlah pelajar yang mendaftar, 303 merupakan pelajar peringkat PhD dan selebihnya adalah pelajar peringkat sarjana. Menurut beliau, pada masa kini sebanyak 2,535 pelajar antarabangsa sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD di UPM. “Peningkatan ini membuktikan, UPM menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian mereka di sini. “Selain itu, perkembangan positif ini dilihat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan yang tersohor di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas majlis melafaz ikrar pelajar baharu di sini. Pada majlis itu seramai 1,374 pelajar baharu pasca siswazah bagi semester kedua 2011/2012 melafaz ikrar sebagai simbolik memulakan pengajian di UPM. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar, Timbalan Naib Canselor (Hal ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Tai Shzee Yew. Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah UPM, Prof. Dr. Bujang B. K. Huat berkata pelajar luar negara yang melanjutkan pengajian di UPM datang dari 30 negara termasuk Iran, Iraq, Canada, Cameroon, Syria, Nigeria, Yemen, Palestin, Somalia, Rusia, Tanzania, Bangladesh dan Indonesia. Katanya, daripada jumlah tersebut Iran mencatatkan bilangan pelajar antarabangsa paling ramai diikuti Iraq, Nigeria dan Indonesia. Sementara itu, pelajar antarabangsa yang ditemui berpendapat, UPM menjadi pilihan mereka kerana jurusan yang ditawarkan menepati kehendak pasaran kerja selain terkenal dengan taraf universiti penyelidikan. Rata-rata berpuas hati dengan kemudahan kolej kediaman yang lengkap dan selesa ditambah dengan fasiliti makmal berteknologi tinggi yang menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan tersebut. Bagi pelajar yang berasal dari Nigeria, Shehu Malami, 35, suasana pengajian di kampus yang kondusif serta keistimewaan persekitaran kampus membuatkan dia begitu selesa untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Komputer di sini. “Selain itu, saya juga berminat untuk melanjutkan pengajian di UPM setelah membaca beberapa artikel mengenai keadaan negara ini yang permai dan dihuni pelbagai kaum,” katanya. Seorang lagi pelajar antarabangsa dari Iran, Azitah Asadi, 32, berkata, dia memilih UPM disebabkan ramai rakan-rakan senegara yang pernah melanjutkankan pengajian di UPM mengesyorkan supaya dia memilih universiti itu. “Lagi pun budaya masyarakat Melayu di Malaysia tidak banyak bezanya dengan budaya kami. Saya selesa berada di sini kerana masyarakat di sini peramah dan baik hati,” katanya yang mengambil PhD dalam bidang Pengurusan Taman dan Rekreasi.

Fetched live from OpenAlex and de-inverted. Abstracts are not stored in this database: the inverted indexes are 8.6 GB of the frame’s 9.3 GB of text, and the host has 13 GB free.

How this classification was reachedexpand

Full frame distilled prediction

Teacher imitation

Not calibrated prevalence, not ground truth. Human validation pending. Learned from the 10,348 direct Codex labels and 10,348 direct Gemma labels. Candidate is the union of thresholded teacher heads; consensus is their intersection. These outputs are machine_predicted_unvalidated and are not human labels or direct frontier model labels.

metaresearch head score (Codex)0.001
metaresearch head score (Gemma)0.000
Version: codex-gemma-dda1882f352aValidation status: machine_predicted_unvalidated
Candidate categoriesMeta-epidemiology (narrow), Science and technology studies, Scholarly communication, Open science, Research integrity, Insufficient payload (model declined to judge)
Consensus categoriesMeta-epidemiology (narrow), Science and technology studies, Research integrity, Insufficient payload (model declined to judge)
DomainCandidate signal: none · Consensus signal: none
Study designCandidate signal: Not applicable · Consensus signal: Not applicable
GenreCandidate signal: Other · Consensus signal: none
Teacher disagreement score0.588
Threshold uncertainty score1.000

Codex and Gemma teacher scores by category

CategoryCodexGemma
Metaresearch0.0010.000
Meta-epidemiology (narrow)0.0060.008
Meta-epidemiology (broad)0.0050.004
Bibliometrics0.0080.006
Science and technology studies0.0050.008
Scholarly communication0.0010.007
Open science0.0070.003
Research integrity0.0050.005
Insufficient payload (model declined to judge)0.0560.034

Machine scores (provisional)

The two teacher heads of the student model, read on this work. A score orders the frame for review; it never asserts a category, and the validation status ships verbatim with every row.

Baseline scores from an immature model (maturity gate not passed, 7 training rounds). Scores rank; they never assert a category.

Opus teacher head0.013
GPT teacher head0.191
Teacher spread0.177 · how far apart the two teachers sit on this one work
Validation statusscore_only:v0-immature-baseline · verbatim from the scoring run: score_only means the number may rank works, and no category label ships from it

Classification

machine, unvalidated

Machine predicted; both teacher heads agree on what is shown here.

Study designNot applicable
Domainnot available
GenreOther

How this classification was reached, model by model and score by score, is at the end of the page under "How this classification was reached".

Quick stats

Citations0
Published2011
Admission routes1
Has abstractyes

Explore more

Same venueUniversiti Putra Malaysia Institutional Repository (Universiti Putra Malaysia)French-language works237,207